Thursday, August 12, 2010

Peranan media dalam mengembalikan penghayatan terhadap Ramadhan dan perayaan-perayaan lain di Malaysia

Media massa seperti televisyen, radio , surat khabar , iklan , promosi jualan , risalah mahupun internet masing-masing memainkan peranan dalam mengembalikan kembali penghayatan bulan Ramadhan dan perayaan-perayaan lain. Sesuatu perayaan tentunya tidak akan dapat dirasakan tanpa adanya media yang mengembalikan penghayatan.

http://www.youtube.com/watch?v=kIWoYVhsPZY


Sebagai contoh , kita boleh mendapati waktu Imsak dan waktu berbuka puasa melalui televisyen dan juga radio.Hal ini demikian kerana, kedua-dua media ini merupakan media yang sering diguna oleh masyarakat setiap hari. Suri rumah tangga dan kanak-kanak yang berada di rumah selalu menonton television manakala dalam kalangan pemandu pula selalu mendengar kepada radio dalam perjalanan ke destinasi yang diingini.Lagipun iklan juga mudah dan senang didapati di televisyen.Iklan merupakan satu media yang menyebarkan maklumat kepada masyarakat dengan cepat kerana ia mudah menarik perhatian orang ramai.

Di samping itu, media juga mengembalikan penghayatan sesuatu perayaan kerana kebanyakan iklan perayaan mengandungi unsur-unsur yang realiti. Contohnya, iklan Hari raya Aidilfitri tajaan sebuah Syarikat terkenal mengenai seorang ayah yang sudah tua menantikan kepulangan anaknya di hari mulia hari raya. Iklan seperti ini secara tidak langsung membuka mata penonton-penontonnya kerana sangat menyentuh perasaan. Ini membantu masyarakat untuk sedar tentang erti kasih sayang ibu bapa dan pada hari-hari mulia seperti inilah anak-anak serta keluarga berkumpul dan saling memohon maaf antara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment