Tuesday, August 10, 2010

Definisi budaya.

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat, dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan "budaya" yang bermaksud "budi + daya + yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan.
Ember dan Ember memberi takrifan budaya sebagai "kelaziman yang terdapat dari segi berfikir dan berkelakuan pada sesesuatu golongan penduduk atau masyarakat. oleh itu budaya sesuatu kelompok sosialterdiri daripada bahasa,pengetahuan am, kepercayaan agama, kegemaran pemakanan, muzik, tingkah laku bekerja, patang larang dan seterusnya:(1996;5)
Takrifan yang dikemukan oleh Ralph Linton merupakan takrifan yang meluas di gunakan  iaitu" budaya merujuk kepada cara hidup keseluruhan sesuatu masyarakat, bukan hanya terhad kepada perkara-perkara yang di anggap penting sahaja. sesungguhnya, bagi ahli sains sosial, tidak ada masyarakat atau individu yang dikatakan tidak mempunyai sebarang budaya.bahkan setiap masyarakat ada budayanya tersendiri, biarpun budaya itu tidak canggih setiap individu itu berbudayadalam erti kata bahawa kehidupannya terlibat dengan budaya sesuatu masyarakat".(Ralph Linton,1945.The Cultural Background of Personality.New York:Appleton-Century-Crofts,hal.30)

hak milik:giey..eda..eza.. :)

                 gambar:mengambarkan pelajar UMS yg pelbagai budaya

No comments:

Post a Comment