Saturday, August 7, 2010

KEPENTINGAN MEDIA DAN PENGARUH MEDIA..

DEFINISI MEDIA:

Kata media berasal dari bahasa latin Medius yang secara harfiyah bermaksud “tengah”, perantara atau pengantar. Dalam bahasa Arab, media adalah perantara atau pengantar pesan dari pengirim kepada penerima pesan. Sementara Syaiful Bahri Djamarah dan Aswan Zein menuliskan bahawa media berasal dari bahasa latin dan merupakan bentuk jamak dari kata “Medium” yang secara harfiyah bererti perantara atau pengantar. Dengan demikian dapat dipahami bahwa media merupakan wahana penyalur informasi belajar atau penyalur pesan.
Proses belajar mengajar pada hakikatnya adalah proses komunikasi, iaitu proses penyampaian pesan dari sumber pesan melalui saluran/media tertentu ke penerima pesan. Pesan, sumber pesan, saluran/ media dan penerima pesan merupakan komponen-komponen proses komunikasi. Pesan yang kan dikomunikasikan adalah isi ajaran atau didikan yang ada dalam korikulum. Sumber pesannya untuk guru, siswa, orang lain ataupun penulis buku dan prosedur media. Salurannya adalah media pendidikan dan penerima pesannya adalah siswa dan juga guru.
Pesan merupakan isi ajaran dan didikan yang ada dalam kurikulum dituangkan oleh guru atau sumber lain ke dalam simbol-simbol komunikasi baik simbol verbal (kata-kata lisan ataupun tertulis) maupun simbol non verbal atau visual.
Dari definisi di atas dapat diambil kesimpulan bahawa pengertian media merupakan suatu alat yang bersifat menyalurkan pesan dan dapat merangsang pikiran, perasaan dan kemahuan anak didik sehingga dapat mendorong terjadinya proses belajar pada dirinya.


 

PENGARUH MEDIA SIARAN KEPADA NILAI MASYARAKAT:

       Dari semenjak dahulu media perdana seperti akhbar, radio, filem dan televisyen adalah sumber utama bagi orang ramai mendapatkan maklumat dan berita yang berlaku di sekeliling mereka. Apa saja berita dan maklumat yang disiarkan melalui media perdana ini dianggap oleh orang ramai sebagai berita yang benar lagi sahih. Kerana mungkin hampir semua berita yang disiarkan itu dari segi faktanya adalah benar maka orang ramai sehingga kini tidaklah pernah meragukan kesahihan sesuatu berita yang disiarkan oleh media perdana itu. Sehinggalah tertanam dalam fikiran orang ramai semua maklumat dan berita yang dihidangkan kepada mereka itu adalah suatu yang boleh dipercayai, betul dan boleh diterima pakai. Oleh kerana mereka telah menganggap media perdana sentiasa betul maka tidak hairanlah nilai-nilai dari filem-filem yang disajikan kepada mereka akan juga dianggap betul dan diterima dalam kehidupan mereka, walaupun kadang-kadang bertentangan dengan nilai agama mereka.
  
           Satu nilai yang salah dari segi agama tetapi telah dianggap oleh masyarakat sebagai suatu yang tidak salah disebabkan oleh asuhan media perdana ini ialah sepasang kekasih teruna dan dara jalan berkepit atau berpegangan tangan. Adegan pasangan kekasih berpimpin tangan, berdua-duaan atau kawan lelaki bermesra dengan kawan wanita adalah perkara biasa dan lumrah di dalam filem dan drama keluaran tempatan. Di dalam filem-filem tersebut perbuatan yang sumbang ini tidak dilihat sebagai sumbang atau nilai yang salah malah ia dilakukan oleh hero dan heroin dalam filem tersebut yang bakal menjadi ikutan kepada orang ramai. Oleh kerana lakunan ini disogokkan saban hari kepada penonton menyebabkan penonton atau orang ramai tidak lagi menganggap berdua-duaan antara lelaki dan perempuan itu sebagai suatu yang salah asalkan tidak di dalam bilik. 

         Padahal suatu masa dahulu jika ada lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya duduk berdua-duaan dianggap oleh masyarakat ketika itu sebagai sumbang apa lagilah kalau berkepit dan berpelukan. Apabila dilihat oleh orang ramai, pasangan yang melakukan kesalahan itu akan diambil tindakan tertentu bagi membendung pesalah dari terus melakukannya. Berbanding dengan masa ini, masyarakat masa kini tidak pernah mengambil kisah jika nampak pasangan muda-mudi jalan berkepitan atau berpelukan, kalau setakat duduk berdua-duaan itu langsung tidak jadi hal lagilah. Duduk berdua-duaan dan perbuatan berpelukan antara pasangan kekasih adalah sangat ditegah oleh agama kita. Kerana perbuatan ini adalah termasuk dalam perkara yang menghampirkan kepada zina. Di dalam Quran jelas Tuhan telah melarang orang-orang yang beriman supaya tidak menghampiri zina. Tuhan bukan sahaja melarang perbuatan zina tetapi melarang juga kepada perkara-perkara yang boleh mendekatkan kepada zina. 

       Walaupun media perdana tidak pernah secara terang untuk menggalakkan orang untuk berzina tetapi mereka telah berjaya menyerapkan budaya atau perbuatan yang mendekatkan orang ramai kepada zina. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan adalah satu budaya yang telah boleh diterima masyarakat kita. Inilah hasil budaya yang telah diterapkan melalui media siaran perdana. Dari tempat kerja sehinggalah di pusat-pusat pengajian, lelaki dan perempuan boleh berhubung dan bergaul secara bebasnya. Kini sudah menjadi perkara biasa anak-anak gadis boleh saja bertemu teman-teman lelakinya tidak kira tempat dan waktu tanpa siapa berani untuk menghalangnya. 

     Berzina tidak sama dengan kerja salah yang lain. Kecenderungan untuk melakukan zina tidak sama dengan kecenderungan untuk mencuri atau untuk menerima rasuah. Zina harus ditangani dengan cara yang berbeza dengan perbuatan maksiat yang lain. Zina banyak dipengaruhi oleh ransangan. Itu sebab Tuhan menyuruh kaum wanita supaya menutup aurat padahal yang teransang adalah pihak lelaki. Dalam keadaan agama kita melarang perkara-perkara yang boleh meransang zina ini dan harus disembunyikan dan dijauhkan mengapa pula media siaran secara rakusnya menggalakkan ransangan zina ini. Di dalam majalah-majalah hiburan tubuh badan wanita dipamerkan secara yang menghairahkan. Cerita-cerita seks di perbesar dan disensasikan. Apakah semuanya kita mesti ikut cara yang dilakukan oleh barat. Apakah peraturan dan nilai antarabangsa itu harus datang dari barat. Kenapa tali leher dianggap antarabangsa manakala kita rasa kekok nak pakai songkok, kenapa kita rasa selesa memakai sudu garpu tetapi rasa geli geleman nak pakai chop stick. 



PENGARUH MEDIA TERHADAP MASYARAKAT DALAM KAITANNYA DENGAN PERKEMBANGAN BIDANG TEKNOLOGI KOMUNIKASI:

      Teknologi mengambil peranan yang sangat penting dalam komunikasi. Bahkan boleh dikatakan, komunikasi tidak akan semudah saat ini jika tidak ada kemajuan teknologi yang cepat. Dan sesungguhnya media lahir dari teknologi. Ingat mesin cetak pertama yang dibuat oleh Johannes Guttenberg. Kemampuan teknologi pengganda itu menghasilkan banyak media cetak akhbar, majalah, tabloid hingga buku.

       Teknologi telekomunikasi pun semakin berkembang, semakin cepat, tepat, kecil, murah, mudah, berkesan dan cekap. Proses berkomunikasi pun memiliki ciri dan sifat yang seperti itu, khususnya berkesan. Proses menghantar mesej(Cepat) dari Malaysia ke Kanada tidak perlu menunggu hingga berminggu-minggu dengan adanya perkhidmatan on line. Kelajuan dan ketepatan maklumat sangat dimungkinkan oleh pengguna media dengan teknologi yang tepat. Hingga perlu digaris bawaha di sini adalah berbicara komunikasi dan media maka kita juga akan berbincang dengan komunikasi. Media adalah teknologi dan teknologi adalah media.

      Kewujudan konvergensi komputer dan telekomunikasi 30 tahun yang lalu. Jadi teknologi internet yang kita kenal selama ini seakan-akan tidak terpisahkan dalam kehidupan manusia. Sebagai media komunikasi, ia sama saja seperti keperluan manusia untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain

      Dari sini juga dilakukan terus kepelbagaian alat-alat berteknologi canggih yang lain, tentu rata-rata didasarkan pada teknologi internet itu. Seperti Personal Data Asssistant (PDA), Tablet PC, Notebook, CD ROM, VCD, DVD, SVCD, Pena Digital, telefon bimbit, GPRS, CDMA dan banyak lagi yang lain. Contohnya peralatan elektronik dalam bidang percetakan secara menakjubkan telah meningkatkan jumlah buku, bultein, dan majalah yang diterbitkan.

       Kebanyakan bandar besar menawarkan perkhidmatan papan buletin, yang membolehkan orang memberikan pengumuman pada suatu fail yang terbuka bagi semua pengguna sistem tersebut. Dengan cara ini perbualan komputer berkembang dan subkultur yang unik berkembang, untuk berkongsi kepentingan ... banyak perkhidmatan papa buletin juga dihubungkan dengan perkhidmatan pengarahan perjalanan kebangsaan yang menghantar mesej dalam semalam dan percuma daripada satu papan buletin ke papan buletin yang lain di seluruh negeri (Gergen, 1991)

Ini jadual yang menunjukkan teknologi baru dalam tahap komunikasi tradisional.

Tingkat
Bentuk Tradisional
Penerapan Teknologi
Antarapersona
Tatap muka, surat, telepon
Telefon, hubungan kelompok peribadi, surat elektronik, voicegram
Kelompok
Tatap muka
Konferensi telefon, telekomunikasi komputer
organisasi
Tatap muka, memo, interkom, telepon, pertemuan
Konferensi telefon, surat elektronik, manajemen dengan bantuan komputer, sisitem informasi, faksimil.
Publik
Surat kabar, majalah, buku, televisi, radio, film
Videotape, video disk, TV kabel, TV satelit langsung, videoteks, teleteks, sistem informasi digital


     Kini teknologi komunikasi maklumat digunakan juga dalam bidang kesihatan yang disebut dengan telemedicine. Perniagaan sudah banyak menggunakan telekonferensi. Dalam bidang pendidikan, televisyen dan TV kabel juga digunakan, juga di masa depan surat elektronik atau mel suara, persidangan para ibu bapa dan para guru mungkin akan lebih sering lagi.

     Penerapan kemajuan teknologi dapat pula memperhebat selektivitas khalayak komunikasi massa. Sebaliknya, teknologi juga telah membolehkan media massa untuk menjadi lebih selektif. Misalnya dalam bidang penerbitan, buku-buku kini boleh dicetak apabila diperlukan, dengan beberapa bahagian ditambah atau dibuang, sesuai dengan permintaan pembaca.

     Pendidikan interaktif melalui video dan rangkaian komputer akan mungkin bagi rangkaian fiber optik untuk meningkatkan tahap pendidikan di luar bandar dan mengembangkan banyak bandar kecil.

      Dengan teknologi komunikasi yang baru telah banyak meningkatkan komunikasi antar budaya. Orang-orang dapat berkomunikasi, mengenal dan mengetahui berbagai macam budaya bangsa dengan mudah dan cepat. Jhon H. Quirk (1989) mengungkapkan kekuatan elektronik dalam komunikasi dan pengangkutan berfungsi untuk memudahkan difusi budaya, pemerataan penduduk, dan desentralisasi kuasa.

     Buck (1988) mendedahkan bahawa media massa membolehkan komunikasi emosional spontan untuk pertama kalinya dan bahawa media dengan kehadirannya boleh jadi mencipta komuniti global. Namun, merunut pada sejarah tamadun manusia yang lama berkutat dengan teknologi komunikasi mulai dari mesin cetak dan telefon justru menimbulkan kekacauan bahkan mengancam kehidupan normal kehidupan manusia.

      Kesimpulannya,Komunikasi lewat teknologinya sangat mempengaruhi pengetahuan, cara berfikir dan tingkah laku masyarakat. Maklumat yang sampai sedemikian cepatnya, membuat teknik berfikir manusia semakin sederhana dan mudah. Berita-berita dan maklumat terhangat dari seluruh dunia tersaji di depan mata sedetik setelah kejadian di dalamnya itu berlangsung. Hangat dan segar boleh dinikmati lewat akhbar pagi dan internet. CEPAT DAN MUDAH!

 p/s:media amat penting bagi kita semua dan media la juga memainkan peranan mempengaruhi masyarakat baik dari segi negatif mahupun positif. namun, keberkesanannya adalah berdasarkan penerimaan masyarakat itu sendiri menilainya dan menggunakannya.. :)


















No comments:

Post a Comment