Thursday, August 19, 2010

keberkesanan internet sebagai media penyebaran maklumat berbanding media tradisional

INTERNET:
.Merupakan sebuah rangkaian yang terbesar menhubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia.
•Ianya merupakan sebuah rangkaian yang luas (WAN).
•Menggunakan protokol TCP/IP untuk penghantaran data maklumat.
•Menggunakan talian komunikasi seperti kabel sepaksi,fibetr optik,gelombang mikro dan satelit untuk penghantaran data.
•Boleh mendapatkan maklumat,mancapai maklumat,berkomunikasi,berniaga,belajar dan membeli belah dalam internet.
•Menyediakan perkhidmatan komunikasi data seperti pemindahan fail,mel elektronik dan kumpulan berita.
•Dapat mengekseskan pengguna kepada pengguna yang lain atau mengakses maklumat daripada laman-laman web yang terkandung didalamnya.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN INTERNET

KEBAIKAN:
•Mesej terlalu cepat.
•Menyokong multimedia atau hypermedia.
•Boleh berkomunikasi secara global.
•Menggunakan capaian komputer jarak jauh.
•Interaktif-membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi lebih dari satu hala.

KEBURUKAN:
•Kurang kepastian maklumat tepat.
•Banyak perubahan disaat akhir perancangan.
•Bahan perlu ditapis.
•Interaksi subversif tidak terkawal.
•Kebocoran maklumat rahsia/peribadi.
•Kegiatan jenayah yang boleh mengancam sama ada individu mahupun negara.
•Penggodaman mudah berlaku.
•Iklan yang tiada batasan mudah diperolehi seperti iklan-iklan pornografi.

KEPENTINGAN INTERNET:
•Memberi perkhidmatan komunikasi elektronik.
•Memberikan perkhidmatan aplikasi capaian jauh.
•Membolehkan pemindahan fail dengan mudah dan cepat.
•Membolehkan penyebaran maklumat lebih luas dan dinamik.
•Memberi perkhidmatan aplikasi capaian maklumat.

KESAN POSITIF PENGGUNAAN INTERNET:
•Cepat dan tepat hasil kerja.
•Meningkatkan kualiti kerja.
•Memudahkan pembelian rumah.
•Berinteraksi di dalam dan luar negara tanpa batasan dengan cepat dan murah.
•Dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman.
•Memudahkan pencarian maklumat dengan cepat.
•Pertukaran maklumat antara pengguna seluruh dunia berlaku dengan cepat dan mudah.
•Pasaran dunia untuk produk dan perkhidmatan (e-commerce).
•Latihan dan pendidikan jarak jauh dalam talian.
•Kos-kos perniagaan berkurangan.
•Meningkatkan kecekapan,produktiviti dan seterusnya keuntungan syarikat.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI (INTERNET) KEPADA PELAJAR:
•Sebagai sumber bahan rujukan.
•Dapat bertukar-tukar pendapat menerusi Bulletin Board.
•Pelajar dapat berhubung,bersembang dan berkomunikasi melalui internet.
•Pelajar dapat berkongsi data dan maklumat.
•Sumber/bahan tugasan senang diperolehi.
•Pembelajaran dan maklumat didapati tanpa had geografi.
•Pembelajaran secara maya menjadi realiti.
•Jual beli (buku) boleh dilakukan dari rumah (e-commerce).

Media tradisional:

~Media massa atau Akhbar adalah suatu istilah yang mulai dipergunakan pada tahun 1920-an untuk mengistilahkan jenis media yang secara khusus direka untuk mencapai masyarakat yang sangat luas. Dalam perbualan sehari-hari, istilah ini sering disingkatkan menjadi media.
Masyarakat dengan tingkat ekonomi rendah mempunyai pergantungan dan keperluan terhadap media massa yang lebih tinggi daripada masyarakat dengan tingkat ekonomi tinggi kerana pilihan mereka yang terhad. Masyarakat dengan tingkat ekonomi lebih tinggi mempunyai lebih banyak pilihan dan akses banyak media massa, termasuk bertanya langsung pada sumber / ahli berbanding bergantung maklumat yang mereka dapat dari media massa tertent

Media massa tradisional:

~Media massa tradisional adalah media massa dengan kuasa dan mempunyai organisasi yang jelas sebagai media massa di mana terdapat ciri-ciri seperti:


1. Maklumat dari lingkungan dipilih, diterjemahkan dan diedarkan

2. Media massa menjadi perantara dan menghantar maklumat melalui saluran tertentu.

3. Penerima mesej tidak pasif dan merupakan sebahagian daripada masyarakat dan memilih maklumat yang mereka terima.

4. Interaksi antara sumber berita dan penerima sedikit.

Jenis-jenis media massa tradisional:
• surat khabar
• majalah
• radio
• televisyen
• filem (layar lebar).

KESIMPULAN:

Pada pendapat kami, memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan adanya internet, edaran media tradisional seperti surat khabar dan risalah telah semakin hari semakin terjejas. Adakah internet merupakan alat yang paling berkesan dalam menyebarkan maklumat? Semuanya akan terjawab dalam huraian berikut.


—Terdapat beberapa bahagian dalam media massa seperti surat khabar, majalah,laman web seperti blog, internet, televisyen, radio dan lain-lain lagi. Setiap bahagian yang akan memainkan peranan dalam proses penyebaran maklumat.
—Contohnya surat khabar yang merupakan salah satu medium dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat. Penghasilan surat khabar ini juga dalam mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada masyarakat.
—Contoh surat khabar seperti Berita Harian, Sinar,Utusan Malaysia, Harian Metro dan Kosmo. Setiap bahagian dalam media massa adalah berperanan dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Oleh itu, setiap bahagian dalam media massa berfungsi untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Jika fungsi ini tidak dijalankan dengan lebih baik, proses penyebaran maklumat akan menjadi lebih terganggu dan menghalang proses dalam perpaduan dalam negara ini.


hak terpelihara:
-gieydazah@gmail.com

No comments:

Post a Comment